Friday 26 April 2013

Random thoughts.

Okay..sedang-sedang daku study CPP ni, (clinical pharmacology and prescribing) tiba-tiba terdetik nak tulis blog. Biasala kan, norma pelajar mengulangkaji pelajaran, ade je tiba-tiba menda yang nak dibuatnya..huhu

Jadi, coretan kali ini adalah mengenai perkara yang biasanya kita nampak dan ponder tapi hanya untuk sekejap je. Tak ambil tindakan lanjut apatah lagi memikirkan sesuatu itu dengan lebih lanjut.

First thing,

Bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan.
Sekarang kat tv atau kat mana2 event sekalipun, even walhal seorang muslimah itu bertudung sekali pun, dia tetap akan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan lelaki. Betul?anda penah nampak ni? Kalau dapat bersalaman dengan artis lagi la..bukan main gembira lagi..Salah?

Skinny jeans/seluar
Trend pakaian sekarang. Even dakuu pun pernah pakai seluar ni. Terikut-terikut dengan perkembangan semasa gamaknya. Padahal tahu mende itu salah. Nauzubillahminzalik. Berdoa agar dilindungi Allah dari memakainya di luar lagi, dalam rumah takpa.Tudung dah tersarung cantik di kepale tapi kaki? Mengucap panjang kalau parents kita nampak anak-anak dia jalan macam tak pakai apa2 kat kaki..betul? Bukan sahaja perempuan. Lelaki pun sama. Lelaki yang auratnya dari bawah pusat hingga bawah lutut tu kalau pakai skinny jeans and baju ketat pendek, rasa-rasanya terdedah tak auratnya?Aurat bukan sahaja pada nampaknya kulit tetapi juga susuk bentuk tubuhnya. Got what i mean? Minta ampun kalau imaginasi anda mencecah level PG18.

Betudung litup, ber T-shirt lengan pendek
Entah mengapa cukup sakit mata daku melihat pemandangan sebegini.

Budak-budak yang melanggar peraturan sekolah dianggap 'cool'
Fenomena sebegini ku anggap pelik. Banyak cerita-cerita jepun dan korea sebenarnya yang mencorakkan pemahaman sebegini. Sering kita lihat dalam drama ataupun movie, budak-budak nakal yang melanggar peraturan sekolah dikagumi oleh orang lain kerana ke'cool'ness nya dan budak nerd yang suka belajar hanyala menjadi teachers'-pet dan memegang watak pe'report' dan menyusahkan orang lain. Tapi, adakah ini realiti?Anda kalau memerlukan pertolongan adakah anda cari seorang gengster sekolah ataupun seorang yang tampak beredukasi?

Movie dekat astro tak ditapis
Ini sangat bahaya..Tolongla tapis adegan-adegan yang tak senonoh di astro lagi-lagi movie-movie bahasa inggeris yang kadangkala levelnya boleh mencapai tahap level dah kahwin baru boleh tengok.

Barang-barang baik lagi mahal
Alangkah indahnya dunia kalau barang-barang lagi berkualiti lagi murah dari barang kurang berkualiti. Angan-angan semata.

Okay, ni je kot..nanti panjang-panjang macam-macam pulak yang pelik-pelik keluar. Haha.
Hashtag: Random thoughts. ;p

Lagu on replay masa mencoret rentetan fikiran ini : Afghan- Bawalah Cintaku

May Allah leads us towards the route to Jannah.
Sama-samalah kita memperbaiki diri. Amin.

Sincerely,
Donut J.Co